W A I T I N G .
Hai awak..
Comel tak titew?


Sweet Owner
My Intro


Annyeonghaseyo to all of you! Thanks for visiting my not really cute blog u.u Can call me Syiqa , 13 years young , Selangor, Malaysia. Do follow. Ppssstt.. FattahAmin is mine too! >.<


bold, underlined, italic
blockquote

click the number
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie
chat box




Clock
Look the clock!


Credit
thanks to;

Template by : Ra
Basecodes : Ra
Image by : Tumblr & Google
Edited by : Nur Syafiqah
Novel untuk dijual!!
Jumaat, 10 Januari 2014 | 6:49 PG |

Hai, assalamualaikum!!

            Hari ni Syiqa nak lelong lah semua novel Syiqa yg berlambak kat umah tu lah.. Korang sudi tak nak beli?? Kalau sudi, Syiqa senaraikan novel yg Syiqa ada. Tak banyak pon...

Lelaki Versi Dia

"Dia yang serabut, dia yang kusut, dia yang membuat hatiku terpaut...."

Kadang-kadang hati manusia begelora bagai badai menghempas lautan. Jika benar lelaki itu jodohnya, kenapa mesti dihadirkan dia dalam keadaan hilang ingatan? Arwin Raisha tegar sendirian menongkah ombak yang melambung jiwanya tinggi. Berkali-kali dia menolak Wan Aakif kerana lelaki itu pernah membencinya dan menjadi tunangan olok-olok membuat nafasnya jadi sesak. Dia lemas.

       "This is my first meeting with my own fiancee."  -Wan Aakif.
  "Listen Wan, awak tak perlu nak jemput saya or nak hantar saya ke mana-mana. Let's end everything here."  -Arwin Raisha

Antara rasa bersalah, kehendak jiwa, cinta dan lelaki seperti Wan Aakif yang tak pernah lelah mengejar dirinya, Arwin Raisha jadi tertekan. 

   "Kalau begitu, Win la yang kena tolong Wan. Mama tak boleh kata apa sebab Wan beria- ia nak kahwin dengan Win. Dia kata kalau dia tak kahwin dengan Win, dia nak balik ke US semula." -Auntie Zita

Mampukah Arwin Raisha bertahan  atas desakan Wan Aakif dan Auntie Zita sedangkan dia sedar selama ini Wan Aakif benar-benar benci akan dirinya?
RM19
***
   
Meh, Sandar Pada Aku!

"Aku perlukan kau , sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?"
                        
 Kata orang, tak kenal... maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem

          Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus tak bertempat. Kehadirannya di institusi oenyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekejaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

          Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

           Dalam marah, dalam herdik... tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"
"Tak ada apa-apa, Doktor Syed..."
"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"
"Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

          Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
          
          Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itudengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
-RM22
***

Cintaku At School

"Mataku sudah berhenti melihatmu, bibirku sudah berhenti berbicara tentangmu dan aku sudah belajar melupakanmu, tetapi kenapa cinta tidak boleh melepaskanmu?"

                      "Papa, Nia mintak maaf. Sebab Nia, papa jadi lumpuh macam ni."

Bila rasa bersalah menyelimuti diri, apa pun sanggup dilakukan. Akhirnya, hasrat si bapa yang mahu lihat dia lebih terjaga membuatkan dia akur. Gelaran isteri kepada Firzad Amsyar disandang Nia Nalia pada usia muda.

Atas alasan tertentu, Nia Nalia dan Firzad Amsyar berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apabila cinta mula menggebu, apabila hati sudah ada penghuninya, terjadi pula peristiwa yang membuatkan Firzad Amsyar seperti bertepuk sebelah tangan. Nia Nalia hilang ingatan! Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari, benci akhirnya bertukar sayang. Namun, perhubungan Nia Nalia dan Ryan Asyraf yang tidak jelas, salah faham Nia Nalia terhadap perhubungan Firzad Amsyar dan Nazifa, membuatkan salah faham demi salah faham terjadi antara mereka.

                     "Suami yang tak cintakan isteri dia, itu yang awak kata suami? Lagipun masa saya ke sana, saya akan pastikan kita dah tiada apa hubungan."

Bagi Nia Nalia, untuk apa dia menyeksa Firzad Amsyar supaya bersamanya sedangkan hati itu adalah milik Nafiza. Bagi Firzad Amsyar pula, pelarian Nia Nalia meremukkan hatinya apatah lagi pelariannya adalah bersama Ryan Asyraf. Lantas, kecurangan isteri didendami.

Bertahun tidak berjumpa, Nia Nalia sedar cintanya masih untuk Firzad Amsyar lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal. Namun, masih kekalkah status itu buat Nia Nalia? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Firzad Amsyar akan membuatkan rasa cinta yang disimpannya selama ini hilang mekar bunganya? Sejauh manakah kehadiran Ryan Asyraf dan Nazifa dalam hidup Nia Nalia dan Firzad Amsyar?
-RM21
***

The Wedding Breaker

"Selangkah aku menghampiri-MU, seribu langkah Kau akan mendekatiku."

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar... - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we here talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

      "Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya."- Tengku Adam Kamil
RM25
***

Mr. Pai Epal

"Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!"

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

"Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?" -IZZ AMIR
"Gila!" -YAYA
"Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak." -IZZ AMIR

                 Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

                 Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.

"Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak." -IZZ AMIR

"Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!" -YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?
RM28
***

Projek Memikat Suami

"Dia suami aku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!"

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaannya itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our marriage life, you will regret what you have done today." -Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai master-ji dan side-kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan badan tidak!" -Nawwal Husna
"Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una? -Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci,tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," -Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakahmereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
RM21
***

                Okey, itu saja novel yg Syiqa nak jual. Ada yang berminat? Just bagi NAMA dan ALAMAT kat email Syiqa → nur.syafiqah82@yahoo.com . Kalau nak tanya ape2, boleh tanya di email ye.. Novel ni secondhand tau, tapi elok lagi je.. ^.^

       Tarikh: 12/1/2014                                                   Masa: 11:47 am