W A I T I N G .
Hai awak..
Comel tak titew?


Sweet Owner
My Intro


Annyeonghaseyo to all of you! Thanks for visiting my not really cute blog u.u Can call me Syiqa , 13 years young , Selangor, Malaysia. Do follow. Ppssstt.. FattahAmin is mine too! >.<


bold, underlined, italic
blockquote

click the number
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie
chat box




Clock
Look the clock!


Credit
thanks to;

Template by : Ra
Basecodes : Ra
Image by : Tumblr & Google
Edited by : Nur Syafiqah
Novel untuk dijual!!
Jumaat, 10 Januari 2014 | 6:49 PG |

Hai, assalamualaikum!!

            Hari ni Syiqa nak lelong lah semua novel Syiqa yg berlambak kat umah tu lah.. Korang sudi tak nak beli?? Kalau sudi, Syiqa senaraikan novel yg Syiqa ada. Tak banyak pon...

Lelaki Versi Dia

"Dia yang serabut, dia yang kusut, dia yang membuat hatiku terpaut...."

Kadang-kadang hati manusia begelora bagai badai menghempas lautan. Jika benar lelaki itu jodohnya, kenapa mesti dihadirkan dia dalam keadaan hilang ingatan? Arwin Raisha tegar sendirian menongkah ombak yang melambung jiwanya tinggi. Berkali-kali dia menolak Wan Aakif kerana lelaki itu pernah membencinya dan menjadi tunangan olok-olok membuat nafasnya jadi sesak. Dia lemas.

       "This is my first meeting with my own fiancee."  -Wan Aakif.
  "Listen Wan, awak tak perlu nak jemput saya or nak hantar saya ke mana-mana. Let's end everything here."  -Arwin Raisha

Antara rasa bersalah, kehendak jiwa, cinta dan lelaki seperti Wan Aakif yang tak pernah lelah mengejar dirinya, Arwin Raisha jadi tertekan. 

   "Kalau begitu, Win la yang kena tolong Wan. Mama tak boleh kata apa sebab Wan beria- ia nak kahwin dengan Win. Dia kata kalau dia tak kahwin dengan Win, dia nak balik ke US semula." -Auntie Zita

Mampukah Arwin Raisha bertahan  atas desakan Wan Aakif dan Auntie Zita sedangkan dia sedar selama ini Wan Aakif benar-benar benci akan dirinya?
RM19
***
   
Meh, Sandar Pada Aku!

"Aku perlukan kau , sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?"
                        
 Kata orang, tak kenal... maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem

          Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus tak bertempat. Kehadirannya di institusi oenyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekejaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

          Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

           Dalam marah, dalam herdik... tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"
"Tak ada apa-apa, Doktor Syed..."
"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"
"Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

          Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
          
          Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itudengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
-RM22
***

Cintaku At School

"Mataku sudah berhenti melihatmu, bibirku sudah berhenti berbicara tentangmu dan aku sudah belajar melupakanmu, tetapi kenapa cinta tidak boleh melepaskanmu?"

                      "Papa, Nia mintak maaf. Sebab Nia, papa jadi lumpuh macam ni."

Bila rasa bersalah menyelimuti diri, apa pun sanggup dilakukan. Akhirnya, hasrat si bapa yang mahu lihat dia lebih terjaga membuatkan dia akur. Gelaran isteri kepada Firzad Amsyar disandang Nia Nalia pada usia muda.

Atas alasan tertentu, Nia Nalia dan Firzad Amsyar berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apabila cinta mula menggebu, apabila hati sudah ada penghuninya, terjadi pula peristiwa yang membuatkan Firzad Amsyar seperti bertepuk sebelah tangan. Nia Nalia hilang ingatan! Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari, benci akhirnya bertukar sayang. Namun, perhubungan Nia Nalia dan Ryan Asyraf yang tidak jelas, salah faham Nia Nalia terhadap perhubungan Firzad Amsyar dan Nazifa, membuatkan salah faham demi salah faham terjadi antara mereka.

                     "Suami yang tak cintakan isteri dia, itu yang awak kata suami? Lagipun masa saya ke sana, saya akan pastikan kita dah tiada apa hubungan."

Bagi Nia Nalia, untuk apa dia menyeksa Firzad Amsyar supaya bersamanya sedangkan hati itu adalah milik Nafiza. Bagi Firzad Amsyar pula, pelarian Nia Nalia meremukkan hatinya apatah lagi pelariannya adalah bersama Ryan Asyraf. Lantas, kecurangan isteri didendami.

Bertahun tidak berjumpa, Nia Nalia sedar cintanya masih untuk Firzad Amsyar lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal. Namun, masih kekalkah status itu buat Nia Nalia? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Firzad Amsyar akan membuatkan rasa cinta yang disimpannya selama ini hilang mekar bunganya? Sejauh manakah kehadiran Ryan Asyraf dan Nazifa dalam hidup Nia Nalia dan Firzad Amsyar?
-RM21
***

The Wedding Breaker

"Selangkah aku menghampiri-MU, seribu langkah Kau akan mendekatiku."

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar... - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we here talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

      "Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya."- Tengku Adam Kamil
RM25
***

Mr. Pai Epal

"Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!"

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

"Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?" -IZZ AMIR
"Gila!" -YAYA
"Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak." -IZZ AMIR

                 Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

                 Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.

"Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak." -IZZ AMIR

"Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!" -YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?
RM28
***

Projek Memikat Suami

"Dia suami aku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!"

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaannya itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our marriage life, you will regret what you have done today." -Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai master-ji dan side-kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan badan tidak!" -Nawwal Husna
"Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una? -Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci,tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," -Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakahmereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
RM21
***

                Okey, itu saja novel yg Syiqa nak jual. Ada yang berminat? Just bagi NAMA dan ALAMAT kat email Syiqa → nur.syafiqah82@yahoo.com . Kalau nak tanya ape2, boleh tanya di email ye.. Novel ni secondhand tau, tapi elok lagi je.. ^.^

       Tarikh: 12/1/2014                                                   Masa: 11:47 am
Azam baru!
Isnin, 30 Disember 2013 | 8:13 PTG |

Assalamualaikum dan hai , holla, halluu!!

                Waahhhh! 2013 sudah hendak menutup tirai.. Rasa macam nak nanges weh :'s Banyak sgt kenangan manis, pahit, kelat, masam dan tawar bersama kawan-kawan Syiqa.. Almaklumlah tahun dpn kiteorg dah 13 tahun dan mestilah ade yg nak berpisah sebab nak masuk asrama. Nasib baik Syiqa x yah masuk asrama dan mestilah dapat jumpe kengkawan rapat or erti kata lain BFFL (BestFriendsFor Life, insya-Allah) semula sebab diorg pon x de nak gi asrama. Cepatnye masa berlalu. Pada masa lain insya-Allah Syiqa letak gambar2 BFFL Syiqa kat sini, okey?.

                 Berbalik pada tajuk, bagitau lah azam korang utk tahun 2014 yg bakal dtg x lama lagi. Kalau azam Syiqa byk la jugak utk tahun 2014 sebab Syiqa x fikir habis lgi. Syiqa bagitaulah yg dah difikirkan.
            1. Nak jadi budak matang dari semua segi seperti perlakuan, iman, fikiran dan sewaktu dengannya!
            2. Beli novel banyak2 (harus)
            3. Tumpukan pada pelajaran (walaupon x de prikse penting)
            4. Lagi skali, nak jadi budak matang 

                   Sekarang kite hanye menunggu detik utk ke tahun 2014. Amaran keras drpd Syiqa. JANGAN MASUK KE TANDAS MALAM NI PADA JAM 11:59 PM KERANA ANDA AKAN KELUAR PADA TAHUN HADAPAN! :3 Mesti mlm nanti dah mula bising dgn bunyi bunga api bagai kan?. 

                   Akhir kata daripada Syiqa, maafkan kesilapan Syiqa jika ada, maaf zahir dan batin (bukan hari raya je ye bole minta maaf) mohon ampun, I'm sorry, mian haeyo, Wǒ hěn bàoqiàn..

                          Tarikh: 31/12/2013                                             Masa: 12:13 pm            
Tonton Online Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum and hai hai hai!!!

[UPDATED]
:Untuk yang mencari drama Playboy Itu Suami Aku.. Lengkap dari episod 1-28:

Ep 1 - 
http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-1-tonton.html
Ep 2 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-2-tonton.html
Ep 3 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-3-tonton.html
Ep 4 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-4-tonton.html
Ep 5 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-5-tonton.html
Ep 6 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-6-tonton.html
Ep 7 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-7-tonton.html
Ep 8 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-8-tonton.html
Ep 9 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-9-tonton.html
Ep 10 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-10-tonton.html
Ep 11 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-11-tonton.html
Ep 12 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-episode-12-tonton.html
Ep 13 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-13-tonton.html
Ep 14 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-14-tonton.html
Ep 15 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-15-tonton.html
Ep 16 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-16-tonton.html
Ep 17 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-17-tonton.html
Ep 18 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-18-tonton.html
Ep 19 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-19-tonton.html
Ep 20 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-20-tonton.html
Ep 21 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-21-tonton.html
Ep 22 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-22-tonton.html
Ep 23 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-23-tonton.html
Ep 24 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-24-tonton.html
Ep 25 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-25-tonton.html
Ep 26 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-26-tonton.html
Ep 27 - http://aswanazmy.blogspot.com/2013/12/playboy-itu-suami-aku-episode-27-tonton.html
Ep 28 - http://ping.busuk.org/v/429168/tonton-online-playboy-itu-suami-aku-episode-28-episod-akhir.html
                                                            ...TamaT... :'(


p/s: Dah berjaya tukar kepada link!! //lompat atas katil mcm monyet baru dapat pisang// *batak*

Tarikh: 27/12/13                                          Masa: 4:14 pm
Layan Jap.. Pleassee *buat muke doplohsen*
Isnin, 9 Disember 2013 | 1:01 PG |

Assalamualaikum dan  hai hai hai !! (kpd muslim, x jwb salam dosa)

           Kembalinye Syiqa menulis di blog ini kerana (ceh, mcm nk buat ucapan plak) ingin memperkenalkan seorang artis lelaki yg misteri yaktu Encik Mimpi!! Nk  kata hensem x pasti sbb dia kalo pegi mne2 je mesti bertopeng (x puas hati betollah) n dia ade acc youtube, kalo dia nk buat show kat youtube tu msti x tunjuk muke.. -,- (meme x puas hati) Tpi bg Syiqa dia meme hensem, dgr suara dia pon dah cair apetah lagi kalo dpt tgk muke, huh.. Mmg lebur trus =3

            Encik Mimpi ni sebenonye penyanyi baru, n show kat youtubenye tu mmg klakar habis... Agak berbelit sikit ape yg Syiqa tulis tu. N Syiqa mmg x tau nk trangkan.. Yg Syiqa tau, buatnye Syiqa TERR- kenal dgn Encik Mimpi sbb drama Playboy Itu Suami Aku laa. Sbb ia punye OST kan lagu Rindukanlah- Encik Mimpi. Pape  pon dgrkanlah lagu artis lain yg 'dirosakkan' oleh Encik Mimpi. Walaupon 'dirosakkan' tpi ttp sedap didgr n klakar.. :b heheheheheeee

                            Putus di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku)

                   Price Tag (Google Translate = Tag Harga) - Encik Mimpi


                      Ombak Rindu- Encik Mimpi (dlm lagu ni mantap gilerr suara dia)

                         Parodi Jangan Ganggu Pacarku - Encik Mimpi

                       Call Me Maybe (Google Translate) - Encik Mimpi


                   Cerita Dia- Drama Band (Encik Mimpi Cover)


        [OST Forum UUM] Listen Listen Listen (Lagu Masalah) - Encik Mimpi

              Gangnam Parody - Encik Mimpi Style ( with lyrics)

Setakat ni jelah Syiqa bg video2 nye.. Ni pon dah banyak ^.^ Klao yg dah dgr semua, best x lagunye? Or klakar? Kalo Syiqa best n klakar skali. Lynlah lagu dia yg lain kat acc youtube die. v ^__^ v Ok, see you later..

Tarikh: 9/12/2013                                                          Masa: 5:06 pm

Lirik lagu 'Rindukanlah by Encik Mimpi

Assalamualaikum dan hai hai hai awak2 semua !!! *feel excited* (x tau sbb nape :)= )

         Syiqa come back!! Cehh.... nak speaking london bagai.. hehehe >..< Sebenarnye hari ni Syiqa nak buat anouncement ( anouncement ke? ah, watever la).. Berdebar x?? Mesti x, kan? Oklah, STTP. Actually, I love this song → Rindukanlah by Encik Mimpi iaitu OST PLAYBOY itu Suami aku ?!!! Haha... hari tu lagu len, skarang len plak.. Minat mmg bole tukar2 kan? Tapi perasaan cinta susah nak bertukar kpd org len *suara dramatik*  Ceh, terjiwang plak =3 STTP again.. ni videonye :-)


Hari ni MALAS nak taip lirik-liriknya yang panjang berjela-jela-jela tu.. :)= //Dah diserang penyakit M//

FYI: STTP → Straight To The Point v ^__^ v

Tarikh: 30/11/2013                                        Masa: 9:06 pm
Lagu Tetap Menantimu-Nomad

Assalamualaikum.. ^___^ v

      Kali ni Syiqa nk update lagu kegemaran Syiqa la pulak.. Tajuknye adelah 'Tetap Menantimu' iaitu ost Love U Mr. Arrogant.. Nampaknye Syiqa mmg dah demam LYMA. Hehehe.................

Liriknye:-

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu....
Walaupun kau belum mencintaiku....

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir.....

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah......................

[CHORUS]
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatimu...
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu.....

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada disetiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintumu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku tetap menantimu

Aku kan TETAP MENANTIMU



Tarikh: 4/11/2013                                             Masa: 10:06pm


Tonton online Love You Mr. Arrogant

[UPDATED!!]
::Untuk yg mencari drama Love You Mr. Arrogant.. lengkap dari episod 1-11..

Ep 1 - 
http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-01.html
Ep 2 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-02.html
Ep 3 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-03.html
Ep 4 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-04.html
Ep 5 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-05.html
Ep 6 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-06.html
Ep 7 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-07.html
Ep 8 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-2013-episode-08.html
Ep 9 - ERROR
Ep 10 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-ep-10.html#_
Ep 11 - http://layantube.blogspot.com/2013/10/love-you-mr-arrogant-episode-11.html



p/s: Maaf, sampai episod 11 jee... Episod 12-26 Syiqa x tau ape web nye. Sorry..... N episod 9 sudah tamat tayang..

Tarikh: 23/12/2013                             Masa: 4:20 pm